Sunday, April 4, 2010

Hati oh Hati!

Hati aku sakit...serius. Banyak yg dah berubah. Sejak 'peristiwa itu' berlaku pd akhir semester lepas, perasaan aku semakin menjadi-jadi. Jadi sakit...sebak pun ada. Nah, boleh tahan rajuknya, inilah penangan hati sendiri!

Sy terfikir sesuatu...betapa hebat kuasa hati kita yg satu ni. Kerana seseorang, kita boleh jatuh hati. Dan hanya kerana hatilah, seseorang boleh jatuh berkali-kali! hati ni bahaya kalau x dikawal. Zina mata, kita boleh pejam. Paling koman pun blh main kelip-kelip. Zina telinga, pun masih blh dielakkan. Zina anggota, busuk-busuk pun, kita boleh kawal tulang empat kerat kita. Tapi zina hati?? Hah, nilah stesen diri yg betul-betul menguji!

Hati ni lembut. Mudah tersentuh, dan barangkali benda yg mula2 memberi reaksi terhadap sesuatu. Katakan, ada orang ejek kita, cakap mcm2. Ckp kita itu, ckp kita ni begini. Sy percaya, hatilah yg mula-mula terusik. Bukan mata, bukan mulut, apatah lagi anggota besar yg lain seperti tangan dan kaki. Sy x pernah jumpa org yg kena perli, tapi tangan dia yg panas, kaki dia yg sakit. Itulah, hati...benda pertama yg akan memberi reaksi. Mampu panas tanpa bahang, tup2 sejuk dalam diam...

Jadi hatilah yg kita kena jaga. X blh culas. Payah, sbb benda ni kita x nampak. Jd kita(sy terutamanya!) pun main agak2. Berlebih kurang saja dlm menjaga hati...itu yg masih ambil kira nak jaga, yg langsung x ambil peduli? Allah saja yg tahu... Sbb tu kita mesti berzikir, ingat Allah setiap masa. Sebut kebesaran Allah. Bila diuji, sebut Allah...dapat rezeki, ingat Allah. Bila mulut selalu sebut, sedikit demi sedikit, hati akan tunduk... Hilang ego dan tanduk2 yg selama ni bermaharajalela.

Memetik kata-kata Solihin mlm td, makin banyak kita sebut kalimah Allah, makin berbekas di hati kita...jgn la disebut2 perkara dunia yg sia-sia, habis nnt hati kita jd gelap gelita. Selamat menjaga hati! Wallahualam.

2 comments:

  1. I luv to read diz post...
    ZINA HATI.. maksiat yang paaaling sukar untuk ditepis.. sangat2 sukar untuk ditinggalkan..

    Sujudku memohon pada-Mu
    Ya Allah.. bantulah kami dalam usaha untuk mengelakkan maksiat hati..
    kembalikanlah hati kami kepada-MU..
    kerana diriku sangat merindukan-MU...
    Ku sangat rindukan-Mu..
    dengarlah suara hati kami..

    ReplyDelete
  2. semoha zikir sentiasa membasahi lidah kita,..

    ReplyDelete