Saturday, April 3, 2010

Dakwah dan Umat Muhammad s.a.w

Hari2 kena buat dakwah. Sikit2 dakwah. Dakwah ni kerja nabi, kerja para rasul. Itu dulu...

Dulu2, sebelum zaman Rasulullah s.a.w, umat x buat kerja dakwah. Yg rajin mengetuk2 pintu rumah, ajk solat, seru yg makruf, larang yg mungkar adalah di bwh tggungan nabi. Tetapi, kpd umat Muhammad s.a.w, ia menjadi satu tgjawab yg diamanahkan. Kerja kita, kena buat dakwah. Sekali imbas, kelihatan mcm menambah kerja pun ada. Yela, dunia sekarang. Makin maju, makin byk kerjanya. Kenapa la nk susah2 berdakwah... Hah, harus diingat, jgn dilepas sifat kehambaan dlm diri. Ingat, hamba x layak minta lebih2, nikan pula nk ingkar suruhan tuannya. Apatah lagi tuan kita semua ialah Tuhan sekalian alam yg Maha Esa.

Itu klu kita tgk sekali imbas. Perkara brkaitan agama ni x blh tgk sekali lalu. Jengah2 pun xblh. Kena 'masuk', fahami betul2, fikir dalam2. Bukankah setiap perkara ada hikmahnya? Sudah lupakah bahawa Allah Maha Penyayang...kerja dakwah itu bkn satu beban, tp satu amanah yg mana kita harus brbangga bila mendukungnya. Kerja nabi. Bukan calang2 tugas... Katakan, seorang perdana menteri meminta kita menjalankan tugasnya, wah, bkn main gembira kita! Silap hari bulan hari2 kita nk keluar tv, masuk paper. Apa xnya, bangga. Bukan senang nk merasa hebatnya jd ketua negara. Ha, sama la juga dgn dakwah...kna bangga. Bangga di sini bknlah kita duk bgtau satu dunia yg kita ni bngga. Tp kita kena berani, dan jalankan kerja dakwah ni di mana2, setiap masa...tp mesti berilmu(klu tidak lain jdnya). Umat lain x merasa, kita je umat yg Allah pilih, subhanallah...

Dakwah ni blh jd dlm mcm2 bentuk. Tak semestinya kena lilit serban, sarung jubah, naik unta di tgh2 ibu kota, tak. Baik, itu kita bincang kemudian. Apa yg sy nak kongsi ialah, cerita dakwah dan keinginan nabi Musa...

Satu ketika, sy dan Umar ke Masjid Sri Petaling. Sbg makluman, masjid ni terkenal dgn gerakan dakwah yg aktif dan suasana Islam yg sejuk-mata-memandang. Setiap minggu, ada je jemaah yg keluar beberapa hari. Paling2 koman utk student-bak kata Umar- ada diskaun utk keluar 1 hari. Tu paling sikit, malah ada yg keluar hingga 4 bulan, masya Allah. Umar klu x silap pd ketika itu ada mesyuarat mingguan, di satu bilki khas brsama jemaah sekitar Cheras. Memandangkan sy x terlibat, sy ambil kesempatan utk mndgr bayan drpd seorg ustaz, brkenaan dakwah.

Diriwayatkan, nabi Musa a.s mndapat tahu ttg kelebihan Allah berikan kpd kita(umat Muhammad s.a.w). Justeru, nabi musa a.s pun memohon utk menjadi rasul utk umat Muhammad s.a.w...tp x diizinkan-Nya, kerana tempat tersebut tlh dikhaskan utk Rasullah s.a.w. Nabi Musa a.s memohon lagi, klu x dpt jd nabi, jadikanlah sbg umat Muhammad s.a.w... Pun x diperkenankan, sbb umat Muhammad telah pun ditetapkan dan dikhususkan utk kita. kali ketiga, nabi Musa pun berdoa, semoga kisah dakwahnya diperdengarkan kpd kita, umat Muhammad s.a.w...

Tgk. Baca. Betapa nabi Musa seboleh2 nk 'join' umat Muhammad s.a.w. Itu nabi. Bagaimana dgn kita? Bagaimana dgn sy? Renungkanlah, klu la xde apa2, masakan nabi Musa berdoa... Pasti ada kelebihan dan hikamah disebaliknya. Antara 'bonus' umat akhir zaman ni apa?
Dakwah...wallahualam.

No comments:

Post a Comment