Saturday, April 10, 2010

Hati oh Hati! 2

Hamdallah, kami berjemaah. Sempat juga sy berjemaah walaupun agk terlewat sedikit hari itu... Radio berkumandang seperti biasa, dgn bacaan suci ayat Al Quran. Bila masuk waktu, ada AJK yg akan menukarkan kasetnya kpd azan. Petanda masuk waktu. Laungan yg menyeru, supaya semua umat Islam mendirikan solat. Terutamanya, bagi kaum kerabat muslim di Kolej Kediaman Aman ini.

Subuh. Ustaz Jai sudah dah lama tunggu. Kami pun begitu. Ada juga AJK yg masih di tgkat atas, mengetuk pintu bilik mereka yg masih lena. Persoalan sy, lenakah? Atau buat-buat lena? Yela, kalau bangun, buka pintu, mesti kena siap2. Nak ambik wudu', mana nak salin baju, turun ke basement lagi, ishhh...leceh! Barangkali itu yg syaitan bisikkan di telinga mereka. Pintu sudah diketuk, malah ada yg sampai bergegar-gegar. Tapi muslimin yg kat dalam buat senyap je. Tidur, kononnya. Pekak, realitinya...

Kenapa masih x bangun even dah puas ketuk pintu bilik, bunyikan siren, laungkan azan? Sebab yg diketuk itu adalah pintu biliknya, bkn pintu hatinya! Sebab deringan siren dan laungan azan itu berdesing di telinganya, bukan hatinya! Bila sampai ke telinga...yg kita dengar pasti 'bisingnya', bukan 'seruannya'. Tak percaya? Cuba jenguk mereka yg masih dalam bilik tu...semua pakat tekap muka dan telinga dengan bantal!

Sy pelik. Sungguh. Minggu sudah, anak usrah menyuarakan pendapatnya.

"Surau jauh, bang. Kalau buat dekat sikit dengan asrama, mesti ramai yg berjemaah, insyaAllah datang!" katanya. Bersemangat. Sy tertarik dgn permintaannya, "kalau buat dekat sikit...". 'sikit' yg mcmna wallahualam, sy x pasti. Apapun, ia tetap dipertimbangkan.

Here's ur ticket, solat berjemaah di bilik rehat. Hanya berjarak beberapa anak tangga dari biliknya. Dia masih x dtg...x mengapa. Balik kampung agaknya. Atau ikut Umar ber-i'tikaf di Seri Petaling. Itu dia. Bagaimana dengan yg lain? Takkan semua balik kampung...semalam ada match, Kedah lawan Nogori. Wah, penuh pula bilik rehat. Tak mengapa...husnuzun. Mereka berjemaah di bilik masing-masing. Bagaimana mereka berjemaah satu level di bilik yg sama, wallahualam, jgn tnya sy. Ya, husnuzun...tp husnuzun bknlah alat yg kita pakai utk elak drpd memikirkan masalah umat skrg! Kalau 24 jam husnuzun, tindakan xde, maksiat depan mata, masih prasangka baik je...bila nak selesai.

Jauh, dilihat dari sudut fadilatnya, ia mendatangkan manfaat. Setiap tapak2 yg dilangkah akan dikira. Sebab itu para sahabat berjalan ke masjid dgn langkah yg kecil. Supaya tercatat baginya ganjaran yg menimbun hasil drpd langkahan yg banyak. Tak mcm zaman. Zaman dah maju, dengarnya. Semua nak depan mata. Pantang bergerak sikit, mulalah beralasan. Jauh la, tak larat la, penat la...malah kalau dah jauh sgt, ada yg beralasan, x dengar orang azan pun. Jarak antara surau Ta'dib dgn kolej kediaman xla jauh mana jika dibandingkan dgn Velodrom. Tu belum compare dgn Times Square dan Mid Valley, yg perlukan seseorang menukar transit 2 kali utk ke sana. Apa yg menghalang kita sebenarnya? Ya...masih faktor jarak. Not physically, but spiritually...hati. Hati yang berjarak, semakin menjauh daripada agama.

Biar segunung halangan. Kerana hati, sanggup ditarah rata juga. Kalau tiada hati, kemahuan, biarpun halangan x seberapa, apa pun x jadi. Hati dah xnak. Dalam mendidik hati, harus dipastikan ia digilap setiap hari, setiap masa...agar bersinar diterangi nur, dihiasi dengan benih-benih yang mampu membuahkan akhlak yang mahmudah. Barulah terasa ringan hendak buat kerja agama! Renungkanlah, betapa ramai kalangan Muslim sekarang yang sudah tawar hati terhadap kerja-kerja agama...kerana hatinya yang semakin malap bertambah gelap. Dalam angka itu, kita kira pula, betapa ramai lagi yang langsung tidak mempunyai hati ke atas agama sendiri dan mereka yang terus hidup bertuhankan hati! Wallahualam.

3 comments:

  1. Memang agak sukat untuk mengajakkesemuanya berjemaah terutamanya di surau dan pada waktu subuh..
    Surau yg ada x lah jauh sgt sy rase.. bukannye sampai ke blok tesl pn..
    Tapi masing2 ada pandangan dan sebab mereka tersendiri..
    Saya pun x jugak tiap mase pegi berjemaah..

    ReplyDelete
  2. salam.
    subhanallah.

    pedas bicaramu teman
    menusuk ke taman hati
    alangkah bermakna menjadi tatapan buat mereka yg masih leka dan terus alpa
    tapi ingat, mereka manusia.manusia sering lupa
    after all, kita juga manusia

    wallahu aalam.
    (^^)

    ReplyDelete
  3. salam.
    membuat ana terfikir-fikir..
    langkah yg diambil dah cukup bgs..

    tapi..inilah realiti yg perlu d hdapi oleh para du'at..

    kita diuji dan teruji dgn jln yg kita pilih..moga istiqamah..doakan ana juga~

    ..kerna kita tentunya bakal diuji dgn apa yg kita tutur dan coretkan dgn pena islah dn dakwah~

    ReplyDelete