Saturday, April 3, 2010

Depan atau Belakang?

Rasa terpanggil utk memulakan sesi "notes" ini utk julung kalinya...hamdallah, dan terima kasih kpd solehatul muslimah kak ina! Ntah kenapa, soalan beliau burning my spirit to write sumthing...

baiklah, soalan beliau, "kenapa duduk depan?"

Puas sy memikirkan jwapannya. Sejak sy dilahirkan, sy diasuh utk duduk di barisan depan. Tak tahulah sama ada memiliki keyakinan diri yg tinggi ataupun tahap pendengaran yg lemah memaksa sy utk duduk dekat dgn guru @ penceramah. Mana-mana pun. Sy tetap suka duduk depan.

Duduk depan memerlukan keberanian. Kalau aku selama ni berani sgt cabar si polan bin si polan, berani bawak moto laju2(tabiat buruk sy, ya Allah!), berani to be outspoken, kenapa aku perlu takut utk ke hadapan...?? Hm, soalan tu selalu timbul, yg mana akhirnya mendesak kaki utk mengambil tmpat duduk hadapan. Sesekali sy berpaling ke belakang. Nampak. Nampak orang. Ramai juga. Sy xmau ckp byk ttg mereka yg di tengah-tengah. Sy lebih berminat pd yg barisan belakang. Nun jauh di belakang, ada sekumpulan manusia yg hebat2.

Mereka hebat. Mampu pergi ke surau dan mampu berjemaah ketika waktu2 kita masih under the blanket. Hebat. Tetapi sy agk terkilan...kenapa barisan terhebat ni berada di belakang? Bukankah mereka paling laju dlm merebut saf pertama ketika solat? YA, kita di dewan ...bkn di rumah ibadat. Ini bukan solat. Tapi, bukankah solat khusyuk dan kuduk(Sifat sahabat ke-2) itu membawa ketaatan di dalam ke luar solat? Kenapa x aplikasikan dlm kehidupan seharian?

Katakan, seat habis. Tak mungkin. Terang tang-tang tepi sy masih kosong beberapa kerusi. Katakan, masuk lewat. Pun masih blh disangkal. Masuk lewat bukan syarat utk duduk belakang. Soalnya, berbalik kpd empunya badan, nak cepat2 rebut duduk depan, atau cepat2 tarik kerusi ke belakang. Tak mengapa, husnuzun, mereka duduk belakang sbg pemerhati...kut la kalau2 ada yg buat hal, blh ditegur. Ok. Accepted...

Teguran di atas khusus utk muslimin, termasuk diri sendiri(terutamanya!). Risau juga, yela, muslimin pakat ramai2 duduk belakang(dah, mereka yg hebat2 pun duduk belakang, apa salahnya yg 'biasa2' ni duduk belakang, kan?). Habis tu, mcmna dgn muslimah? Ada x sesiapa yg fikir, atau at least terlintas di hatinya, betapa muslimah x selesa bila sekumpulan muslimin berada di belakangnya... kena pertimbangkan, ya muslimin? bukankah kita ni pelindung dan pemimpin kpd kaum hawa...(Surah Annisa' 34). Pemimpin kena la berada di hadapan, kan?

Jadilah yg pertama, yg hadapan, selagi mana ia bukan kpd kemungkaran, bahkan membawa kebaikan. Ke hadapan bkn bermaksud rakan2 yg lain ditinggalkan, anak buah diabaikan...tidak. Bkn begitu. Bahkan (kalau sy) berasa bangga kerana memilki seorang pemimpin yg berani! Wallahualam.

No comments:

Post a Comment