Sunday, April 18, 2010

Sakitnya. . . .

"Mm? Hujan? Tak dengar pun..."

Yakah...kalaulah awak dikurniakan telinga yg mampu mendengar hati sy, sy yakin, awak takkan pedulikan hujan malam itu...apalah sgt gerimis malam itu kalau hendak dibandingkan dgn suara tangisan hati. . .

SATU HARI NANTI, sy akan berdiri semula...

...terus berdiri,
...terus menanti,
...terus di sini,
...berada di hati. . . .

Kata-kata setajam pisau. Itu yg sy pernah dengar...kini sy dapat rasakannya. Ada benarnya peribahasa itu.

Setajam pisau...yakah.
Ya Allah, sakitnya. . . . . .

*****

Panasnya...entah mengapa, terasa bahangnya...kan waktu malam, kan sekarang ni hujan. Awak, kenapa panas... Mm, mungkin di situlah bermulanya demam...

Ah, hujan dah pun berhenti...
Agak-agak hatiku bila lagi...
Mungkin esok...mungkin lusa...
Mungkin sampai bila-bila...
Sehingga saat ini, aku masih dpt rasakan pisau yang bermata...

Yang lahir drpd kata-katanya...
Setajam pisau...

Ya Allah, sakitnya...sangat-sangat. . . . .

Saturday, April 10, 2010

Hati oh Hati! 2

Hamdallah, kami berjemaah. Sempat juga sy berjemaah walaupun agk terlewat sedikit hari itu... Radio berkumandang seperti biasa, dgn bacaan suci ayat Al Quran. Bila masuk waktu, ada AJK yg akan menukarkan kasetnya kpd azan. Petanda masuk waktu. Laungan yg menyeru, supaya semua umat Islam mendirikan solat. Terutamanya, bagi kaum kerabat muslim di Kolej Kediaman Aman ini.

Subuh. Ustaz Jai sudah dah lama tunggu. Kami pun begitu. Ada juga AJK yg masih di tgkat atas, mengetuk pintu bilik mereka yg masih lena. Persoalan sy, lenakah? Atau buat-buat lena? Yela, kalau bangun, buka pintu, mesti kena siap2. Nak ambik wudu', mana nak salin baju, turun ke basement lagi, ishhh...leceh! Barangkali itu yg syaitan bisikkan di telinga mereka. Pintu sudah diketuk, malah ada yg sampai bergegar-gegar. Tapi muslimin yg kat dalam buat senyap je. Tidur, kononnya. Pekak, realitinya...

Kenapa masih x bangun even dah puas ketuk pintu bilik, bunyikan siren, laungkan azan? Sebab yg diketuk itu adalah pintu biliknya, bkn pintu hatinya! Sebab deringan siren dan laungan azan itu berdesing di telinganya, bukan hatinya! Bila sampai ke telinga...yg kita dengar pasti 'bisingnya', bukan 'seruannya'. Tak percaya? Cuba jenguk mereka yg masih dalam bilik tu...semua pakat tekap muka dan telinga dengan bantal!

Sy pelik. Sungguh. Minggu sudah, anak usrah menyuarakan pendapatnya.

"Surau jauh, bang. Kalau buat dekat sikit dengan asrama, mesti ramai yg berjemaah, insyaAllah datang!" katanya. Bersemangat. Sy tertarik dgn permintaannya, "kalau buat dekat sikit...". 'sikit' yg mcmna wallahualam, sy x pasti. Apapun, ia tetap dipertimbangkan.

Here's ur ticket, solat berjemaah di bilik rehat. Hanya berjarak beberapa anak tangga dari biliknya. Dia masih x dtg...x mengapa. Balik kampung agaknya. Atau ikut Umar ber-i'tikaf di Seri Petaling. Itu dia. Bagaimana dengan yg lain? Takkan semua balik kampung...semalam ada match, Kedah lawan Nogori. Wah, penuh pula bilik rehat. Tak mengapa...husnuzun. Mereka berjemaah di bilik masing-masing. Bagaimana mereka berjemaah satu level di bilik yg sama, wallahualam, jgn tnya sy. Ya, husnuzun...tp husnuzun bknlah alat yg kita pakai utk elak drpd memikirkan masalah umat skrg! Kalau 24 jam husnuzun, tindakan xde, maksiat depan mata, masih prasangka baik je...bila nak selesai.

Jauh, dilihat dari sudut fadilatnya, ia mendatangkan manfaat. Setiap tapak2 yg dilangkah akan dikira. Sebab itu para sahabat berjalan ke masjid dgn langkah yg kecil. Supaya tercatat baginya ganjaran yg menimbun hasil drpd langkahan yg banyak. Tak mcm zaman. Zaman dah maju, dengarnya. Semua nak depan mata. Pantang bergerak sikit, mulalah beralasan. Jauh la, tak larat la, penat la...malah kalau dah jauh sgt, ada yg beralasan, x dengar orang azan pun. Jarak antara surau Ta'dib dgn kolej kediaman xla jauh mana jika dibandingkan dgn Velodrom. Tu belum compare dgn Times Square dan Mid Valley, yg perlukan seseorang menukar transit 2 kali utk ke sana. Apa yg menghalang kita sebenarnya? Ya...masih faktor jarak. Not physically, but spiritually...hati. Hati yang berjarak, semakin menjauh daripada agama.

Biar segunung halangan. Kerana hati, sanggup ditarah rata juga. Kalau tiada hati, kemahuan, biarpun halangan x seberapa, apa pun x jadi. Hati dah xnak. Dalam mendidik hati, harus dipastikan ia digilap setiap hari, setiap masa...agar bersinar diterangi nur, dihiasi dengan benih-benih yang mampu membuahkan akhlak yang mahmudah. Barulah terasa ringan hendak buat kerja agama! Renungkanlah, betapa ramai kalangan Muslim sekarang yang sudah tawar hati terhadap kerja-kerja agama...kerana hatinya yang semakin malap bertambah gelap. Dalam angka itu, kita kira pula, betapa ramai lagi yang langsung tidak mempunyai hati ke atas agama sendiri dan mereka yang terus hidup bertuhankan hati! Wallahualam.

Sunday, April 4, 2010

Hati oh Hati!

Hati aku sakit...serius. Banyak yg dah berubah. Sejak 'peristiwa itu' berlaku pd akhir semester lepas, perasaan aku semakin menjadi-jadi. Jadi sakit...sebak pun ada. Nah, boleh tahan rajuknya, inilah penangan hati sendiri!

Sy terfikir sesuatu...betapa hebat kuasa hati kita yg satu ni. Kerana seseorang, kita boleh jatuh hati. Dan hanya kerana hatilah, seseorang boleh jatuh berkali-kali! hati ni bahaya kalau x dikawal. Zina mata, kita boleh pejam. Paling koman pun blh main kelip-kelip. Zina telinga, pun masih blh dielakkan. Zina anggota, busuk-busuk pun, kita boleh kawal tulang empat kerat kita. Tapi zina hati?? Hah, nilah stesen diri yg betul-betul menguji!

Hati ni lembut. Mudah tersentuh, dan barangkali benda yg mula2 memberi reaksi terhadap sesuatu. Katakan, ada orang ejek kita, cakap mcm2. Ckp kita itu, ckp kita ni begini. Sy percaya, hatilah yg mula-mula terusik. Bukan mata, bukan mulut, apatah lagi anggota besar yg lain seperti tangan dan kaki. Sy x pernah jumpa org yg kena perli, tapi tangan dia yg panas, kaki dia yg sakit. Itulah, hati...benda pertama yg akan memberi reaksi. Mampu panas tanpa bahang, tup2 sejuk dalam diam...

Jadi hatilah yg kita kena jaga. X blh culas. Payah, sbb benda ni kita x nampak. Jd kita(sy terutamanya!) pun main agak2. Berlebih kurang saja dlm menjaga hati...itu yg masih ambil kira nak jaga, yg langsung x ambil peduli? Allah saja yg tahu... Sbb tu kita mesti berzikir, ingat Allah setiap masa. Sebut kebesaran Allah. Bila diuji, sebut Allah...dapat rezeki, ingat Allah. Bila mulut selalu sebut, sedikit demi sedikit, hati akan tunduk... Hilang ego dan tanduk2 yg selama ni bermaharajalela.

Memetik kata-kata Solihin mlm td, makin banyak kita sebut kalimah Allah, makin berbekas di hati kita...jgn la disebut2 perkara dunia yg sia-sia, habis nnt hati kita jd gelap gelita. Selamat menjaga hati! Wallahualam.

Saturday, April 3, 2010

Shicibukai Maktab

Baiklah, sy perlukan rehat. Antara caranya, menulis. Tak perlu tajuk yg berat2, cukup sekadar coretan diri, luahan rasa hati. Free writing is a good motivation to build self confidence...at least it is better than having an idle banter with certain groups which may lead to 'mengumpat', heh!

Baru2 ni, ada seorg rakan brtnya kpd sy, "bila elaun nak masuk?"

"awal April kot..." saya jwb, ragu2.

"xkan kau x tahu?"

"x pasti, ada jpp anta msg...ckp elaun masuk awal April, tp x sure"

"oo...eh, kau bkn jpp ke? kau jpp, kan??"

Hah!! Tu dia, seorang lagi!! Utk pengetahuan, dia merupakan rakan yg sama smester dgn sy. Dia kenal sy, slalu juga main futsal sama2(dulu la...skg x, sy asyk bz je). Sudah 6 sem kami di maktab. Perlantikan jpp secara rasmi dah lama lepas, dan jpp sudah memulakan tugas sejak tahun sudah lg. Kenapa rakan sy yg seorg ni xtau, yg sy BUKAN jpp...AJK bwh biro jpp pun bukan, tercalon masa pilihanraya pun tidak. Ishh...sy pula yg naik keliru...

Dan yg ajaibnya, dia bkn org pertama yg aggp sy jpp. Rakan sy yg sorg tu ntah org yg ke berapa agknya. Sebelum ni juniors. Masing2 igt sy jpp... Klu org igt sy ahli pgpi, sy blh fhm(ha, ni pun sama...suma pakat igt sy pgpi). Mgkin sbb sy agk kerap terlibat scara x lgsung dlm aktiviti persatuan Islam tu. Bkn jd AJK apapun, tlg2 gitu je...to be honest, i really2 enjoy their activities. Jujur ckp ni! Sbb tu sy x berkira utk beri sumbngan atau khidmat utk mereka. Pun begitu, sy tetap x terlibat secara rasmi sbg ahli mana2 organisasi maktab, terutama JPP dan PGPI.

Apapun, kpd barisan JPP dan PGPI, maaf sbb state nama persatuan anda tnpa izin di blog sy... Semoga kamu semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan reda-Nya, aminn...

p/s: Sy free agent...free agent x tepat sebenarnya. Ia lebih kpd Shicibukai. Dan ahli Shicibukai yg paling sy suka(dan menyerupai perangai sy!) adalah Donquixote Doflamingo! :-)

Dakwah dan Umat Muhammad s.a.w

Hari2 kena buat dakwah. Sikit2 dakwah. Dakwah ni kerja nabi, kerja para rasul. Itu dulu...

Dulu2, sebelum zaman Rasulullah s.a.w, umat x buat kerja dakwah. Yg rajin mengetuk2 pintu rumah, ajk solat, seru yg makruf, larang yg mungkar adalah di bwh tggungan nabi. Tetapi, kpd umat Muhammad s.a.w, ia menjadi satu tgjawab yg diamanahkan. Kerja kita, kena buat dakwah. Sekali imbas, kelihatan mcm menambah kerja pun ada. Yela, dunia sekarang. Makin maju, makin byk kerjanya. Kenapa la nk susah2 berdakwah... Hah, harus diingat, jgn dilepas sifat kehambaan dlm diri. Ingat, hamba x layak minta lebih2, nikan pula nk ingkar suruhan tuannya. Apatah lagi tuan kita semua ialah Tuhan sekalian alam yg Maha Esa.

Itu klu kita tgk sekali imbas. Perkara brkaitan agama ni x blh tgk sekali lalu. Jengah2 pun xblh. Kena 'masuk', fahami betul2, fikir dalam2. Bukankah setiap perkara ada hikmahnya? Sudah lupakah bahawa Allah Maha Penyayang...kerja dakwah itu bkn satu beban, tp satu amanah yg mana kita harus brbangga bila mendukungnya. Kerja nabi. Bukan calang2 tugas... Katakan, seorang perdana menteri meminta kita menjalankan tugasnya, wah, bkn main gembira kita! Silap hari bulan hari2 kita nk keluar tv, masuk paper. Apa xnya, bangga. Bukan senang nk merasa hebatnya jd ketua negara. Ha, sama la juga dgn dakwah...kna bangga. Bangga di sini bknlah kita duk bgtau satu dunia yg kita ni bngga. Tp kita kena berani, dan jalankan kerja dakwah ni di mana2, setiap masa...tp mesti berilmu(klu tidak lain jdnya). Umat lain x merasa, kita je umat yg Allah pilih, subhanallah...

Dakwah ni blh jd dlm mcm2 bentuk. Tak semestinya kena lilit serban, sarung jubah, naik unta di tgh2 ibu kota, tak. Baik, itu kita bincang kemudian. Apa yg sy nak kongsi ialah, cerita dakwah dan keinginan nabi Musa...

Satu ketika, sy dan Umar ke Masjid Sri Petaling. Sbg makluman, masjid ni terkenal dgn gerakan dakwah yg aktif dan suasana Islam yg sejuk-mata-memandang. Setiap minggu, ada je jemaah yg keluar beberapa hari. Paling2 koman utk student-bak kata Umar- ada diskaun utk keluar 1 hari. Tu paling sikit, malah ada yg keluar hingga 4 bulan, masya Allah. Umar klu x silap pd ketika itu ada mesyuarat mingguan, di satu bilki khas brsama jemaah sekitar Cheras. Memandangkan sy x terlibat, sy ambil kesempatan utk mndgr bayan drpd seorg ustaz, brkenaan dakwah.

Diriwayatkan, nabi Musa a.s mndapat tahu ttg kelebihan Allah berikan kpd kita(umat Muhammad s.a.w). Justeru, nabi musa a.s pun memohon utk menjadi rasul utk umat Muhammad s.a.w...tp x diizinkan-Nya, kerana tempat tersebut tlh dikhaskan utk Rasullah s.a.w. Nabi Musa a.s memohon lagi, klu x dpt jd nabi, jadikanlah sbg umat Muhammad s.a.w... Pun x diperkenankan, sbb umat Muhammad telah pun ditetapkan dan dikhususkan utk kita. kali ketiga, nabi Musa pun berdoa, semoga kisah dakwahnya diperdengarkan kpd kita, umat Muhammad s.a.w...

Tgk. Baca. Betapa nabi Musa seboleh2 nk 'join' umat Muhammad s.a.w. Itu nabi. Bagaimana dgn kita? Bagaimana dgn sy? Renungkanlah, klu la xde apa2, masakan nabi Musa berdoa... Pasti ada kelebihan dan hikamah disebaliknya. Antara 'bonus' umat akhir zaman ni apa?
Dakwah...wallahualam.

Depan atau Belakang?

Rasa terpanggil utk memulakan sesi "notes" ini utk julung kalinya...hamdallah, dan terima kasih kpd solehatul muslimah kak ina! Ntah kenapa, soalan beliau burning my spirit to write sumthing...

baiklah, soalan beliau, "kenapa duduk depan?"

Puas sy memikirkan jwapannya. Sejak sy dilahirkan, sy diasuh utk duduk di barisan depan. Tak tahulah sama ada memiliki keyakinan diri yg tinggi ataupun tahap pendengaran yg lemah memaksa sy utk duduk dekat dgn guru @ penceramah. Mana-mana pun. Sy tetap suka duduk depan.

Duduk depan memerlukan keberanian. Kalau aku selama ni berani sgt cabar si polan bin si polan, berani bawak moto laju2(tabiat buruk sy, ya Allah!), berani to be outspoken, kenapa aku perlu takut utk ke hadapan...?? Hm, soalan tu selalu timbul, yg mana akhirnya mendesak kaki utk mengambil tmpat duduk hadapan. Sesekali sy berpaling ke belakang. Nampak. Nampak orang. Ramai juga. Sy xmau ckp byk ttg mereka yg di tengah-tengah. Sy lebih berminat pd yg barisan belakang. Nun jauh di belakang, ada sekumpulan manusia yg hebat2.

Mereka hebat. Mampu pergi ke surau dan mampu berjemaah ketika waktu2 kita masih under the blanket. Hebat. Tetapi sy agk terkilan...kenapa barisan terhebat ni berada di belakang? Bukankah mereka paling laju dlm merebut saf pertama ketika solat? YA, kita di dewan ...bkn di rumah ibadat. Ini bukan solat. Tapi, bukankah solat khusyuk dan kuduk(Sifat sahabat ke-2) itu membawa ketaatan di dalam ke luar solat? Kenapa x aplikasikan dlm kehidupan seharian?

Katakan, seat habis. Tak mungkin. Terang tang-tang tepi sy masih kosong beberapa kerusi. Katakan, masuk lewat. Pun masih blh disangkal. Masuk lewat bukan syarat utk duduk belakang. Soalnya, berbalik kpd empunya badan, nak cepat2 rebut duduk depan, atau cepat2 tarik kerusi ke belakang. Tak mengapa, husnuzun, mereka duduk belakang sbg pemerhati...kut la kalau2 ada yg buat hal, blh ditegur. Ok. Accepted...

Teguran di atas khusus utk muslimin, termasuk diri sendiri(terutamanya!). Risau juga, yela, muslimin pakat ramai2 duduk belakang(dah, mereka yg hebat2 pun duduk belakang, apa salahnya yg 'biasa2' ni duduk belakang, kan?). Habis tu, mcmna dgn muslimah? Ada x sesiapa yg fikir, atau at least terlintas di hatinya, betapa muslimah x selesa bila sekumpulan muslimin berada di belakangnya... kena pertimbangkan, ya muslimin? bukankah kita ni pelindung dan pemimpin kpd kaum hawa...(Surah Annisa' 34). Pemimpin kena la berada di hadapan, kan?

Jadilah yg pertama, yg hadapan, selagi mana ia bukan kpd kemungkaran, bahkan membawa kebaikan. Ke hadapan bkn bermaksud rakan2 yg lain ditinggalkan, anak buah diabaikan...tidak. Bkn begitu. Bahkan (kalau sy) berasa bangga kerana memilki seorang pemimpin yg berani! Wallahualam.

Friday, April 2, 2010

OPEN YOUR EYES

Look around yourselves
Can’t you see this wonder

Spreaded infront of you

The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..

No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves

Such a perfect order
Hiding in yourselves

Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?

No..


We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)

Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born

So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..

We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look quiet we’ll see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds

If you just look bright to see the signs

We can’t keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You

Until the end of time.. Allah..
You created everything

We belong to You

Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Copyright: Awakening Records 2009


Open your eyes...
Kali pertama aku mendengar lagu ini, aku berasa sangat berminat untuk untuk menghayati setiap liriknya...
Sangat menyentuh hati.... hati yang berbatu-batu jauh dari Allah...mungkin lebih jauh dari itu...
Lagu ini membuka semula mata hatiku untuk menghayati alam yang sangat indah ini...

Subhanallah...
Sungguh hebat ciptaan-Nya..
aku terasa terpanggil untuk menilai diriku semula...
SIAPAKAH aku pada pandangan-Mu ya Allah????
Aku sangat jauh drpd ciptaan-Mu yang lain...
Binatang, tumbuhan, gunung-ganang, malah batu sentiasa bertasbih memuji-Mu...

TETAPI aku?????????????????????????????
aku sering melupakan-Mu ya Allah...

YA RAHIMM...
Engkau Maha Menyayangi hamba-hambaMU..

Diri yang hina ini memohon...
Sayangilah diriku..
Sayangilah kedua ibu bapaku...
Sayangilah keluargaku...
Sayangilah guru-guruku...
Sayangilah sahabat-sahabatku...
Dan sayangilah semua hamba-hambaMu...
Walaupun kami selalu melupakan-Mu...

Sungguh kami tidak layak untuk meminta daripada-Mu..
Kerana kami TERsangat HINA...

Ku memohon dan berharap kepada-Mu...
Bimbinglah kami...
Pandulah jalan kami...
Suluhlah jalan kami yang dalam kegelapan...
Kerana hanya dengan cahaya-MU
kami akan melihat jalan menuju redha-MU...

YA RAHMAN...
Engkau Maha Mengasihi hamba-hamba-MU...
Kasihilah kami...
Permudahkanlah segala urusan kami yang Engkau redha...
Bukalah pintu-pintu kebaikan kepada kami,
pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang, pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu keampunan dan pintu-pintu syurga...

Allahumma aminnn...
Perkenankanlah permintaan kami ya RABBUL ALAMIN...
(In'89 edited)

Syukran...

Terbukti mlm ini, pesananmu memberi kesan kpdku...
"sifat yg paling penting adalah kehambaan"
Diuji dgn perit kepayahan,
Diuji dgn nikmat kesenangan,
Asalkan kita berpegang pada sifat kehambaan dlm diri,
InsyaAllah kita akan serta merta sedar...
Bingkas, bangkit
Dan buka mata luas-luas,
Bahawa kedudukan kita hanyalah hamba semata-mata

Sifat kehambaan akan sentiasa mengingatkan kita...
bahawa hamba tidak memiliki apa-apa..
hamba hanya layak mengikut suruhan Tuannya..
hamba hanya perlu akur dengan setiap pemberian Tuannya..

Bila sifat kehambaan ini mengakar dalam diri,
Diri tidak akan pernah rasa kecewa dengan setiap ketentuan-NYA..
kerana dia yakin..
Allah Maha Tahu yang TERBAIK buat dirinya...

Hamba juga x layak meminta,
Hamba juga tidak layak menetapkan kehendak dirinya...
Namun hati kecilku ttp berkata,
Bahawa satu hari nanti aku akan memilikimu jua...
InsyaAllah.

Allah perkenankanlah permintaan hamba-MU ini..

Pimpinlah aku agar aku bisa menjadi seorang anak yang diredhai oleh ibu bapaku,
Didiklah aku agar bisa menjadi seorang suami yang akan menyayangi isteriku seperti mana Rasulullah...
Pinjamkanlah kekuatan kepadaku agar bisa jadi seorang ayah yang akan mendidik anak-anakku menjadi hamba dan khalifah yang akan bertebaran di bumi-Mu ini,
menegakkan syariat-Mu...
dan cekalkan diriku agar bisa menjadi daie yang akan tabah dan terus istiqomah pada jalan perjuangan menegakkan agama-Mu... dan KAU anugerahkanlah kepadaku seorang isteri yang akan menjadi sayap kiri dalam perjuanganku.. yang akan selalu bersamaku dalam susah dan senang, yang akan membisikkan kata semangat saat diriku terkulai lemah hampir berputus asa pada jalan suci ini..

Thursday, April 1, 2010

Assalamualaikum!

Hamdallah, cukup bertuah kerana diberi peluang utk sama-sama memeriahkan dunia ICT yg serba baru ini! Saya x begitu gemar menulis...tetapi, itulah, tak semua benda kita sandarkan pada minat, kan? Harapan saya, semoga ruangan ini menjadi pentas yg baik dalam membina nilai dan meningkatkan ilmu serta motivasi diri, insyaAllah! Wallahualam...